Memperkenalkan Jom Kita Berjaya

Pengenalan

Setiap orang mahu berjaya tetapi tidak semua orang dapat mengenal erti “kejayaan”. Akibatnya, kita terbawa-bawa dengan definasi sendiri yang tidak seiras dengan erti kejayaan sebenar. Jom Kita Berjaya memberi anda suatu landasan untuk mencari “makna kejayaan” yang sesuai dengan citarasa anda. Bila anda mempunyai sikap dan corak minda yang sesuai dengan orang-orang berjaya, sudah pasti anda dapat membina hidup anda dengan lebih yakin lagi.

 

Objektif Jom Kita Berjaya

Pertama : Membentuk suasana yang positif untuk kejayaan

Setiap perjumpaan akan pasti membentuk gelombang kejayaan yang bakal menyemarakkan aura kejayaan anda. Suasana ini penting untuk membentuk daya kejayaan yang optima pada diri seseorang.

 

Kedua : Mencetus idea kejayaan yang kreatif

Bila dua atau lebih orang menceritakan kejayaan, ia akan membentuk suatu resonan minda yang bakal membina idea baru dalam hidup anda. Konsep “Master Mind Meeting” bakal mencetuskan inpirasi kejayaan dalam setiap peserta.

 

Ketiga : Peluang Networking

Anda akan mendapat berbagai peluang dan sokongan professional dari ahli-ahli yang telah berjaya. Semua bekalan , sumber, idea , strategi dan nasihat yang anda terima dalam networking ini pasti dapat membantu anda mengecapi impian anda sendiri.

 

Keempat : Mencari jawapan dan menyelesaikan kemusykilan

Jika anda masih mempunyai berbagai konflik , dilemma dan kemusykilan berkaitan dengan kejayaan anda , rujukkanlah pada ahli-ahli yang hadir bersama. Anda akan mendapat jawapan yang anda hendaki.

 

Kelima : Membantu orang lain

Salah satu usaha murni Jom Kita Berjaya ialah untuk membentuk masyarakat yang prihatin dengan kejayaan orang lain. Daripada kita cemburu dengan kejayaan orang lain, kita belajar memberi bantuan nasihat kepada orang-orang yang belum berjaya. Jiwa saling menolong seperti ini adalah suatu sumbangan yang bermakna kepada negara tercinta.

 

Bagaimana menyertai Jom Kita Berjaya

Dalam usaha untuk membentuk suasana pembelajaran yang positif kepada ahli-ahli lain, setiap orang yang ingin mengambil bahagian dalam komuniti hendaklah ikhlas hendak belajar dan membantu orang lain.

Berikut ini adalah beberapa panduan untuk menjaga keharmonian pasukan ini.

  • Pertama : Semua ahli perlu melalui proses “termuramah” dan menjalankan kajian psikometrik sebelum diterima dalam komuniti
  • Kedua : Semua ahli baru perlu menandatangani satu perjanjian “etika komuniti”
  • Ketiga : Semua ahli baru perlu memahami rukun dan peraturan komunikti

Semua penyertaan adalah dikelolakan oleh jawatankuasa induik « Jom Kita Berjaya »

 

Etika Komuniti

  1. Menghormati idea orang lain dan tidak berdebat dalam mesyuarat. Anda boleh memberi pendapat anda sendiri jika perlu. Diplomasi amatlah penting.
  2. Anda perlu memakai dengan cara yang « presentable » – digalakkan memakai tali leher untuk lelaki. Rupa paras anda membina aura perjumpaan.
  3. Kelewatan anda datang ke perjumpaan mengganggu konsentrasi ahli.
  4. Mencatatkan idea adalah suatu cara untuk membolehkan anda belajar dengan berkesan
  5. Sentiasa memberi perhatian kepada orang yang bercakap. Sikap ini memberi semangat kepada orang yang memberi idea. Elak dari bercakap atau berbual waktu orang lain sedang berkongsi idea kejayaan
  6. Tidak mengguna platform ini untuk bercinta, berniaga , berpolitik dan lain-lain tujuan yang boleh mengalih tujuan pembelajaran ilmu kejayaan
  7. Setiap perjumpaan hanya satu jam. Jika anda masih perlu berbincang sesuatu, anda boleh bertanya lepas perjumpaan tamat.
  8. Bahasa pengantar yang dibenarkan ialah BM dan English. Elakkan bahasa yang tidak difahamkan orang lain sepanjang perjumpaan dijalankan.

 

Sistem dan falsafah

Piagam Kejayaan

Wahai pejuang kejayaan’

Ayu kita membina seruan kejayaan

Lepaskan pemikiran negatif dan beracun

Bina aura dan semangat luar biasa

Menyambar ilmu kejayaan dengan ikhlas

Meneraju kecemerlangan betaraf dunia

Kehidupan yang berkualiti hak bersama

Demi keluarga dan negara tercinta

Mari kita belajar dan maju bersama

Menjadi seorang insan luar biasa

Yang memahami erti kejayaan

Jom Kita Berjaya

 

Lagu Jom Kita Berjaya

Jom Kita Berjaya

Jom jom kita

Mencari erti  kejayaan

Jom jom  kita

Membina bangsa terbilang

Misi jelas mengatur barisan

Membina tamadhun yag gemilang

Yang terbaik seruan kami

Yang terunggul harapan kami

 

Tiada Mustahil dalam minda kami

Memecah rekod mencipta sejarah

Semangat waja membina keagungan

Harumkan nama negara di persada dunia