Ruangan Bimbingan Kerjaya (BM)

Kepentingan Bimbingan Kerjaya untuk pelajar

Dengan adanya bimbingan kerjaya pada peringkat awal dalam pembelajaran di sekolah, seseorang pelajar akan dapat mencapai manfaat berikut.

 

Pertama : Mengukuhkan motivasi pembelajaran

Bila pelajar mempunyai impian untuk menjadi seorang yang berjaya dalam dunia kerjaya, ia akan mendorong pelajar mengejar kecemerlangan akademik dengan lebih bersungguh-sungguh. Ini kerana dia nampak kaitan kerjaya dengan kehidupan dalam dunia nyata. Pelajar akan sedar pentingnya dia membina pencapaian akademik demi bersiap sedia dengan persaingan dunia kerja yang semakin mencabar akibat dari ledakan ilmu seluruh dunia.

 

Kedua : Mengukuhkan sikap diri

Setiap kerjaya memerlukan kualiti sikap yang unik. Jika seseorang pelajar sedar dengan impian kerjaya, dia akan berusaha untuk membentuk sikap yang sejajar dengan keperluan impian berkenaan. Proses perubahan sikap mengambil masa yang agak panjang. Jika pelajar hanya sedar dengan keperluan tersebut waktu tamat pengajian, proses penyesuaian sikap diri tidak dapat berjalan dengan sempurna. Dengan  erti kata lain, pelajar mungkin tidak bersedia untuk kerja berkenaan.

 

Ketiga : Meluaskan skop pembelajaran

Budaya belajar yang hanya menjurus pada sukatan kursus adalah suatu penghalang kemajuan akademik negara. Bila pelajar mempunyai impian kerjaya yang jelas, dia akan membaca bahan rujukan tambahan biarpun ia tidak berkait dengan tajuk peperiksaan. Ini akan membolehkan pelajar bersiap sedia dengan kerjaya masa depannya pada usia yang muda.

 

Keempat : Menghadapi cabaran kerjaya

Setiap kerjaya mempunyai cabaran dan masalah yang tersendiri. Ada kerjaya yang memerlukan kekuatan fizikal, kerja mengikut shift atau berhadapan dengan risiko tertentu. Bila pelajar telah memahaminya , maka cabaran sedemikian tidak akan mengugat penyertaannya dalam kerjaya , sebaliknya menjadi suatu motivasi untuk menghadapi cabaran dengan tabah.

 

Kelima :  Belajar dari insan berjaya

Kejayaan orang lain akan menjadi cermin dalam kerjaya seseorang. Jika seseorang pelajar mempunyai suatu pedoman atau bimbingan dari orang-orang yang telah mencapai kejayaan yang tinggi dalam sesuatu bidang, sudah pasti dia akan membina dorongan untuk menghidupkan kecemerlangan yang seiras , malah lebih baik dari apa yang telah dicapai oleh orang lain. Untuk tujuan ini, adalah dicadangkan kita mengendalikan dialog dengan penceramah jemputan dari sesuatu bidang professional.

 


Kisah hidup insan berjaya

Berikut ini dibentangkan beberapa kisah hidup kecemerlangan insan kerana mereka berjaya membentuk impian pada usia yang kecil. Proses asuhan awal dalam sesuatu bidang kerjaya memberi suatu landasan hidup yang jauh lebih cemerlang dari orang lain.

 

Tiger Wood berjaya menunjukkan kehebatan dalam bidang golf pada usia beliau hanya dua tahun. Beliau sering bermain golf dengan bapanya di perkarangan rumah. Beliau dipelawa untuk membuat persembahan di depan kaca program TV “The Mike Douglas Show’

 

David Beckham menyertai pertandingan bola sepak pada usia 8 tahun dan ditolak dari pasukan kerana usianya yang terlalu muda. Beliau berjaya menjalankan latihan sepenuh masa di Kelab Manchester United pada usia 14 tahun.

 

Thomas Edison telah memulakan kehidupan sebagai seorang saintis dengan memulakan makmal sains di rumahnya pada usia sepuluh tahun. Beliau banyak menjalankan ujikaji dan bertanya berbagai soalan yang pelik.

 

Datuk Siti Norhaliza telah mula menyertai bapa saudaranya untuk membuat persembahan nyanyian pada usia 5 tahun di majlis keramaian seperti perkahwinan dan mengambil bahagian dalam berbagai pertandingan menyanyi

 

Wright Brother, pencipta kapalterbang telah mula membina impian untuk terbang ke bulan bersama seekor burung besar sejak usianya belasan tahun. Impian beliau menjadi kenyataan bila dia berjaya mencipta kapalterbang dengan formula aerodinamik.

 

Neil Amstrong mempunyai impian untuk sampai ke bulan sejak waktu dia masih berusia lapan tahun. Waktu dia menikmati keindahan malam bersama keluarga, dia meluahkan hajatnya hendak sampai ke bulan. Beliau mula mengambil kursus penerbangan pada usia 14 tahun di sebuah kelab Penerbangan dan mendapat lesen juruterbang pada usia 16 tahun.

 

Dato Tony Fernandes mula membina impian untuk membina penerbangan murah dalam usianya 12 tahun. Pada ketika itu, ibunya menghantarnya ke Epsom College di London. Beliau tidak diberi peluang balik ke Malaysia kerana kos tambang yang mahal. Tony bertahan dengan corak makanan mushy peas dan ikan soggy sepanjang musim panas.

 

Christiano Ronaldo memulakan permainan bola sepak pada usia 3 tahun dan mula menyertai pasukan Amateur bersama bapanya di bandar Andorinha pada usianya hanya lapan tahun. Pada usia sepuluh tahun, populariti beliau di Portugal semakin memuncak dan menandatangani kontrak dengan Maritimo National Team.

 

Bill Gates menunjukkan minatnya yang mendalam dalam bidang IT walaupun ibu bapanya mahukan dia berjaya dalam perundangan. Beliau menemui business partnernya Paul Allen pada usia belasan tahun di sebuah kolej Seattle Lackside kerana mereka mempunyai minat yang sama dalam bidang sains komputer.

 

Mark Zuckerberc , pengasas facebook telah menonjolkan bakat dan minatnya untuk merangka perisian lembut komputer sejak waktu dia belajar di sekolah menengah. Beliay menjadi jutawan dalam bidang IT pada usia 26 tahun.

 


Persiapan kerjaya seawal yang boleh dalam hidup

Sejarah dunia membuktikan ramai juara dan jutawan telah mula meneroka sesuatu bidang sejak mereka berada di bangku sekolah.  Jelas sekali, kejayaan bukan suatu kejadian yang mengejut. Ia adalah suatu proses usaha yang berterusan untuk membina kejayaan. Ia juga suatu komitmen yang memerlukan minat yang mendalam.

Bila pelajar dapat mengenal minat mereka dalam waktu persekolahan, mereka akan merasa erti pembelajaran yang tinggi. Sekolah bukan lagi suatu proses yang membosankan. Sebaliknya, mereka akan merasa nikmat pembelajaran dan kepuasan mengejar ilmu.

 

Kesimpulan

Usaha untuk mencungkil bakat pelajar bermula dari impian. Tanpa impian, pelajar tidak tahu apa yang perlu mereka terokai. Untuk tujuan ini, Mutiara Kerjaya memberi pendedahan kepada pelajar mencari bakat dan mengukuh cita-cita mereka. Usaha ini adalah langkah pertama untuk membina “jiwa pembelajaran” yang holistic dan melepaskan mentaliti belajar untuk lulus peperiksaan semata-mata.

 

—————————————————

Pentingnya Program Penetapan Matlamat Untuk Pelajar Sekolah

Penetapan matlamat hidup adalah teras bimbingan kerjaya di sekolah.  Soalnya, mengapa kita perlu mempunyai matlamat ?

 

»        Sebelum kita menaiki bas , kita perlu tahu destinasi yang hendak kita tuju.

»        Sebelum kita menulis karangan, kita sudah tahu tajuk karangan.

»        Sebelum kita masuk universiti , kita mesti tahu fakulti yang kita minati.

»        Sebelum kita masuk ke dunia kerja, kita hendaklah tahu cita-cita kita.

 

Tanpa matlamat jelas, hidup pelajar akan terumbang-ambing bagaikan perahu sesat di tengah lautan yang bergelora.

Tanpa matlamat jelas, seseorang akan mudah terjebak dengan berbagai matlamat yang tidak sejajar dengan citarasanya.

 

Cabaran orang yang tiada matlamat hidup

Persaoalan ini menjawab kemusykilan ribuan pelajar yang terjebak dengan masalah “buta hidup” kerana tidak mempunyai impian yang nyata. Mereka pergi ke sekolah dengan empat sebab utama yang menunjukkan mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas:

  1. Usia saya sudah masuk usia persekolahan, itulah sebab saya mahu pergi sekolah
  2. Adik beradik saya pergi ke sekolah, saya ikut sahaja
  3. Ibu bapa mahu saya belajar, itulah sebabnya saya pergi sekolah
  4. Yang menyedihkan, ada anak menyatakan, ibu bapa hantar mereka ke sekolah sebab mereka tiada masa nak jaga anak di rumah. Sekolah menjadi suatu “Pusat Jagaan Anak”

Bila pemikiran anak telah dicemari oleh erti persekolan yang tidak berwawasan, sekadar untuk menghabiskan waktu remaja dan masuk ke dunia kerja, maka lahirlah generasi yang mudah terjebak dengan berbagai masalah sosial.

 

 

Walaupun tajuk impian dan cita-cita bukannya suatu yang baru di kalangan pelajar sekolah, tetapi hakikat menunjukkan bahawa ramai pelajar masih tidak jelas dengan cita-cita mereka.  Saya masih ingat saat saya di sekolah rendah, tajuk karangan yang lumrah diberi kepada pelajar ialah cita-cita saya. Ramai pelajar hanya sekadar menulis apa yang mereka nampak atau ketahui  seperti menjadi cikgu , doktor, polis , attendan pakir dan sebagainya.

 

Kita sedia maklum, dunia sekarang  memberi skop pilihan kerjaya yang semakin luas , lebih dari apa yang pelajar nampak atau kenali. Jika para pendidik gagal membentangkan pilihan harapan yang mereka impiankan secara terbuka, maka pelajar akan terbawa oleh budaya kerja “Asal ada kerja, ambil sahaja”. Tetapi, bila mereka beransur dwasa, mereka barulah sedar tentang peluang kerjaya yang terbaik untuk dirinya. Sudah pasti, waktu itu mereka akan berkata mengapa tidak saya mengenali dari awal lagi. Maklumlah ,  “Tak kenal maka tak cinta”. Siri Penghaytan Mutiara Kerjaya  meluaskan pilihan kerjaya yang bakal diterokai agar mereka tidak menyesal kemudian.

Keberkesanan “Siri Penghayatan Mutiara Kerjaya”

Siri penghayatan tersebut  ibarat menemukan pelajar dengan para professional yang berjaya dalam sesuatu bidang kerjaya. Corak penulisan kreatif yang mengadunkan kisah benar orang-orang yang berjaya dalam bidang kerjaya membolehkan pelajar merasai kerja seolah-olah dirinya sedang melakukan kerjaya tersebut. Proses penulisan sedemikian juga dikenalil “Experiential writing”. Pelajar akan melakunkan kerjaya pilihan mereka dengan membayangkan setiap episod yang mereka alami. Setiap episod yang diukirkan dalam proses penghayatan membawa bersama pembelajaran multi deria yang meliputi tiga deria utama iaitu

»        Pertama : Deria Penglihatan  – buku lakaran penuh berwarna yang menggambarkan kisah kerjaya dengan gambar dan lukisan

»        Kedua : Deria Pendengaran – Rakaman suara yang mengadunkan suara latar yang bersesuaian dengan sesuatu tugasan kerjaya

»        Ketiga: Deria Kinestatik –Pelajar akan bayangkan dirinya melakukan sesuatu dalam minda seperti dirinya berlakun dalam kerjaya tersebut

Proses pembelajaran yang bersifat holistik di atas menjadi lebih seronok bila mereka dapat menghayati musik latar yang melenakan. Keseluruhan proses pembelajaran sedemikian memenuhi citarasa “Pembelajaran Aktif” dan memberi impak yang amat nyata terhadap objektif pembelajaran kerjaya.

 

Dua prinsip Pembelajaran Mutiara Kerjaya

Untuk mendapat kesan yang paling optima dari siri penghayatan  Mutiara Kerjaya , seseorang pelajar perlu menggunakan dua prinsip pembelajaran berikut :

»        Pertama, mengulangi sekurang-kurang 21 kali sehingga jiwa pelajar disebati dengan faktor kecemerlangan yang boleh dikecapi dalam kerjaya tersebut. Ini bermaksud , seseorang akan menghidupkan citarasa tersebut sebagai suatu proses automatik tanpa perlu diingatkan lagi.

»        Kedua , membuat tanggapan bahawa apa yang dibayangkan adalah sesuatu yang benar untuk dirinya. Minda kita akan membuat tanggapan palsu ini sehingga suatu ketika, ia menjadi suatu yang benar dalam hidup kita.  Proses sedemikian akan mengukuhkan “kemahuan” diri dan bila kemahuan sudah menjadi kuat, pelajar akan mengenal cara untuk mencapainya.

Pelajar yang dapat menghidupkan kedua-dua prinsip pembelajaran di atas akan berkeupayaan membina kuasa Biogenik dalam hidupnya. Ini bermaksud sesuatu yang dia hajatkan akan akhirnya menjadi kenyataan. Ini bermaksud, kuasa luar biasa seperti ini membentuk suatu semangat kemahuan yang tinggi dan mendorong seseorang mencari jalan untuk mencapai cita-citanya.

 

Tiga proses menukar aspirasi menjadi kenyataan

Sesuatu yang kita dihajatkan perlu mempunyai medium untuk ia bertukar menjadi reality. Contohnya, seseorang putus cinta dan mahu mendapat kekasih baru perlulah membuat rancangan sosial serta bersemuka dengan gadis-gadis. Tanpa rancangan, seseorang mungkin berdiam diri dan hanya menunggu harapan jatuh dari langit.  Dalam kamus kejayaan, sesuatu yang dikecapi tanpa usaha « tidak dikenali » sebagai kejayaan, sebaliknya ia dikenali sebagai « Durian runtuh ». Anda mungkin dapat nikmat sedemikian , anda juga mungkin tidak dapat.  Seseorang yang menerima pilihan ini sebagai landasan hidup akan duduk diam-diam harap jadi kaya, dan kita namakannya sebagai « Sindrom Malas ». Sebaliknya, seseorang yang mempunyai perancangan akan merangka siri tindakan yang praktikal demi untuk menyempurnakan impian mereka. Mereka akan mencari mengatur masa, menghubungi orang tertentu, mendapatkan ilmu tertentu, menjalankan ujikaji tertentu dan melepaskan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Proses sedemikian memberi suatu « jaminan » yang tinggi untuk mencapai harapannya. Jika perancangan dihalusi dengan lebih terperinci dan sahih, kejayaannya untuk mencapai impiannya boleh dikatakan 100%

Dalam usaha untuk menukar impian menjadi kenyataan, disenaraikan tiga proses susulan yang perlu disempurnakan oleh seseorang :

Proses pertama : Memantapkan kemahuan diri

Seseorang hendaklah mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang i hajatkan dengan cara pengukuhan imaginasi minda. Proses ini dicapai dengan menghayati CD bimbingan kerjaya secara berulangan.

Proses Kedua : Merangka Pelan tindakan

Seseorang hendaklah menyempurnakan sistem perancangan berdasarkan prinsip SMART. Dirinya hendaklah mengetahui jurang yang memisahkan dirinya dengan impian tersebut serta penyelesaian. Dirinya juga perlu mengetahui jadual masa tindakan dan hasil yang dijangka secara berperingkat.

Proses Ketiga : Olahan psikologi peribadi

Seseorang hendaklah melepaskan semua emosi negatif yang menjajah mindanya. Emosi sedemikian adalah hasil dari pengalaman lalu atau tanggapan palsu yang dibentuk oleh persekitarannya. Tanpa pelepasan minda negative, eseorang akan terus terperangkap dengan corak minda yang bersifat “perosak” dan bakal membantutkan semua rancangan hidupnya.

Proses keempat “

 

Ketiga-tiga proses diatas adalah suatu pendekatan yang diamalkan oleh juara yang berjaya mencipta sejarah luar biasa dalam hidupnya. Walaupun demikina, proses ketiga adalah suatu komplemen yang khusus untuk orang-orang yang mempunyai sikap dan keperibadian yang tidak bersesuaian dengan perjuangan impiannya. Tetapi, jika seseorang tidak mempunyai blok minda yang nyata, maka proses pertama dan kedua sudah memadai untuk menjayakan impiannya.

 

Matlamat hidup dan transformasi diri

Kita sering mendengar rungutan orang lain , “Saya telah bekerja dengan rajin, mengapa nasib hidup saya malang” “Saya sudah buat yang terbaik , tetapi masih ada masalah wang?” “Saya sudah baca berbagai buku motivasi dan menghadiri seminar minda orang kaya, mengapa masih hidup susah?”

Jelas sekali, orang-orang yang gagal mentransformasikan dirinya cenderung menyalahkan orang lain tentang kelemahan diri sendiri. Sebaliknya, mereka gagal mengenal erti transformasi dari perspektif diri sendiri. Mereka tidak nampak sebenarnya mereka masih belum buat apa yang sepatutnya untuk mendekatkan diri mereka dengan matlamat hidup. Mereka juga mempunyai kekurangan sikap dan corak pemikiran negatif yang membantutkan rancangan mereka. Ada juga yang hanya melakar rancangan dalam minda tanpa menulis dengan terperinci. Ramai juga yang masih terbelenggu dengan berbagai masalah , baik kewangan, kesihatan, keluarga dan sebagainya sehingga hajat yang mereka idam-idamkan terus tergendala. Semua penghalang transformasi ini adalah kerana dirinya belum “mengenali diri sendiri”

« Sistem kejayaan Biogenik Minda » mengaplikasikan kesemua program transformasi yang membolehkan diri anda mencapai impian anda. Bila anda telah menguasai sistem ini, ia akan terus beroperasi 24 jam setiap hari dalam seumur hidup anda.

Kesimpulan

Jelas sekali, proses pembangunan  sikap yang disepadukan dengan sistem perancangan dan alihan PEP yang positif dapat membantu seseorang mencapai matlamat hidupnya dengan lebih yakin dan mantap. Keseluruhan proses di atas memenuhi falsafah motivasi yang berbungi, « Apa sahaja yang minda anda dapat bayangkan, anda boleh mencapainya. », satu lagi pepatah motivasi yang juga membawa mesej yang sama mengatakan « Apa sahaja yang anda bayangkan dengan jelas, kemahuan yang berkobar-kobar, percaya dengan ikhlas dan bertindak dengan penuh bersungguh-sungguh akan akhirnya menjadi suatu kenyataan.