Rahsia Motivasi Pelajar

Hilter YewSejak saya memulakan kerjaya sebagai seorang penceramah professional pada tahun 1994, saya sering mengaplikasikan methodologi “RECALL” untuk menyentakkan jiwa raga pelajar terhadap erti perjuangan. Biarpun model latihan sedemikian dapat membentuk kemahuan yang berkobar-kobar tetapi tidak bersifat abadi. Ertinya, pelajar akan kembali ke sikap lama dirinya selepas beberapa minggu.

Waktu saya menjalankan pengajian Ijazah Lanjutan (Fakulti Pendidikan) di UPM, saya mula mengkaji dan menyelidik secara mendalam tentang prinsip alihan sikap pelajar. Saya dapati pelajar boleh berubah bukan berdasarkan “kesedaran terhadap masa lalu”, sebaliknya adalah berpandukan pada daya minda masa depan (Futuristic Mindset) berlandaskan cita-cita dan impian hidupnya. Saya juga dapati pelajar yang terus “terbawa-bawa oleh pengalaman lalu” tidak akan mencetuskan impian yang berkobar-kobar.

Dalam usaha ini, saya telah menggubal semula program pelajar cemerlang yang saya lancarkan sejak 1992 (Waktu saya seorang guru di KK High School) kepada suatu modul latihan yang berlandaskan pengukuhan impian.  Modul ini mengaplikasikan prinsip “Psycho Cybernetic” yang bertujuan untuk mengalihkan imej diri pelajar dan membina identiti diri yang baru berteraskan “siapa yang ingin saya jadi suatu hari”. Hasil dari kajian tersebut, saya telah merumuskan module transformasi diri yang merangkumi aspek pembangunan tabiat minda (Hibitual Thought) dn saya namakannya sebagai “Biogenic Model”. (Sila layari YOUTUBE : taip menangani anak malas)

Pelajar yang berjaya telah melengkapkan Seminar Pelajar Cemerlang (SPC) bersama saya akan menerima berbagai  ramuan aplikasi yang perlu mereka amalkan dalam hidup seharian.  Pelajar akan dapati, apa yang mereka amalkan akan mencetuskan suatu tabiat  Minda yang bersifat “magnet”  dan menarik mereka ke arah impian mereka. Proses sedemikian  membolehkan pelajar mencapai cita-citanya tanpa bergantung pada dorongan atau pesanan orang lain. Dirinya akan terus menjejaki impiannya dengan daya inisiatif yang tinggi sehingga impian menjadi suatu kenyataan.

Konsep alihan “Tabiat Minda” adalah suatu program terulung di Malaysia dalam usaha melepaskan pelajar dari sikap malas belajar dan sikap membuang masa.  Pelajar akan dapat melepaskan diri cengkaman “Facebook” atau “ Computer Game” jika kuasa impian yang mereka suntik dalam hidup mereka dapat mengatasi “daya hiburan” yang mengkongkong perjuangan mereka . Ramai pelajar yang mengaplikasikan teknik pengukuhan impian sedemikian telah berjaya mencorakkan kesungguhan yang tinggi terhadap pembelajaran mereka.

Jika pihak sekolah mempunyai hajat untuk menyuburkan jiwa perjuangan di kalangan pelajar berlandaskan model  latihan tersebut, saya ingin menaburkan khidmat seminar sebagai suatu sokongan tambahan terhadap usaha sekolah untuk memperkasakan kecemerlangan akademik pelajar.

Bersama membina aspirasi pelajar.

January 29, 2014

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive