Prinsip SMART Disebalik Biogenic Model

Prinsip SMART dalam Biogenic Model
merangkumi lima aspek pembangunan
kerjaya seperti yang disenaraikan berikut:
Pertama S : Sinergi minda
Minda pelajar yang tidak berfokus pada sesuatu impian atau cita-cita adalah
ibarat mercun yang meletup dan terbang merata-rata. Proses sinergi minda
membolehkan pelajar menjuruskan tenaga mindanya dengan suatu cita-cita
yang nyata dan praktikal. Seseorang akan mudah terperangkap dengan
sesuatu kerjaya yang tidak berasas (Skim Cepat Kaya) atau kerja yang tidak
bermoral atau bercanggahan dengan nilai sejagat (Perjudian)
Teori :
» Freud (Tradisi Psikodinamik – kemahuan dan hajat yang tidak terkawal)
» Entiti Super Ego (Kesedaran tentang moral)
» Levinson (1978), setiap kerjaya berdasarkan cetusan impian (Dream driven)
» Locke’s Theory (1978) Hubungkait kesukaran sesuatu matlamat dengan
prestasi dan pencapaian seseorang. Matlamat yang sukar dan jelas memberi
hasil yang lebih baik dari matlamat yang mudah dan kabur. Juga kaitan matlamat
dan aspirasi hidup
4
Kedua M : Manifestasi
Proses merasakan sesuatu kerjaya dengan minda holistik (Whole brain
learning) memerlukan sokongan fakta kerjaya dan suntikan emosi terhadap
kerjaya tersebut. Ini dipesatkan dengan mengaplikasikan musik latar dan suara
produksi untuk meningkatkan impak penghayatan. Bila minda kita telah dikondisi
dengan emosi positif, ia akan mendorong seseorang memberi reaksi konsisten
untuk mengejar kerjaya tersebut. Semakin tinggi manifestasi, semakin menyerlah
bakat seseorang. Proses ini dilanjutkan dengan menggariskan berbagai peranan
dan pencapaian kerjaya sepanjang hayat
» Watson and Pavlov – Teori kondisi
» Carl Rogers, pengasas kaunseling berpusatkan klien (client-centred
counselling), juga menekan keupayaan seseorang menilai kenyataan sebenar
di sebalik kerjaya dan membuat keputusan yang nyata. Pendekatannya adalah
berdasarkan unsur emosi dan disepadukan dengan kemahiran praktikal yang
kerap digunakan dalam bimbingan kerjaya.
» Maslow mencadangkan Hieraki Kemahuan ( Hierarchy of Needs) dalam
perkembangan psikologi seseorang . Tahap manifestasi yang tertinggi adalah
bebas dari tuntutan kewangan atau status, tetapi dengan tujuan untuk mencapai
nikmat kecemerlangan diri (Self actualization)
» Edgar Schein, Seorang Pakar Teori Kerjaya dari Amerika, menjelaskan tujuh
jenis peranan mentor yang menjana kepuasan yang berbeza.
» Super membina skop peranan yang berbeza oleh seseorang sepanjang hayat
dan menggariskan fakta keperibadian dan situasi yang berbeza
» Roberts dalam kajianya menekan pentingnya faktor ekonomi dan pengaruh
kumpulan peer dan kelas sosial dalam pemilihan kerjaya.
Ketiga A : Amplifikasi
Bila pelajar mengadunkan audio penghayatan dengan frekunsi dalaman minda
(Constructs) , diri kita akan membentuk suatu proses amplifikasi mentaliti yang
5
seiras dengan resonant gelombang. Proses ini akan memantapkan impian dan
cita-citanya dengan kemahuan yang kental.
George Kelly (1955) mencadangkan bahawa setiap orang mempunyai set teori yang
tersendiri terhadap dunis sekitar (constructs)
Holland’s (1992) mencadangkan enam keperibadian yang menjadi pengaruh utama
terhadap sifat pemikiran seseorang ( Realistik, pengajian, artistic, social, usahawan,
konvensyenal)
Jones Resonant Theory (2009) – Sound therapy on emotional recovery
Keempat R : Rehabilitation
Proses penyelarasan sikap diri akan berlaku bila pola minda dicorakkan
semula dengan suatu hajat yang nyata. Proses penggubalan minda
sedemikianjuga dikenali sebagai rehabilitasi. Seseorang perlu melatih
mindanya melepaskan sikap lama dan menyambut pembelajaran baru (Unlearn
and relearn) dengan penerapan berulangan dan berterusan.
» Skinner Teori pengukuhan berulangan (Theory of Reinforcement)
» Donald Super mencadangkan teori berperingkat (Stage theory), hasil dari
usaha Erikson. Seseorang akan menyelaraskan konsep dirinya denga
gambaran terhadap sesuatu kerjaya mengikut tahap perkembangan. Tahap
tumbesaran (0-14 tahun), Penerokaan (15-24), Kemantapan (25-44),
» Schein (1978) melihat tahap penyesuaian sebagai suatu proses penerokaan
diri. Seseorang akan membentuk psikologi konsep diri sebagai suatu
penyangkut kerjaya ( career anchor) . Ini berdasarkan kemampuan dan bakat
diri yang sejajar dengan pengalaman diri , motif diri dan kemahuan seseorang
hasil dari proses maklum-balas, ujian dan penghayatan.
6
Kelima T : Transformasi
Pelajar akan mencapai transformasi diri bila kemahuan hakiki (core desire)
yang disemarakkan dengan proses Biogenic Model mula bertukar menjadi
suatu siri tindakan yang menyempurnakan hajatnya. Untuk membentuk
transformasi yang praktikal, seseorang pelajar juga perlu mempunyai sistem
perancangan yang teratur. Di samping itu, mereka juga perlu menangkis semua
prasangka yang negatif (kerisauan , ketakutan, kemarahan dan lain-lain. ) dalam
hidup mereka dengan pendekatan psikologi tenaga.
Energy Psychology in Rehabilitation: Origins, Clinical Applications, and
Theory. Gallo, F. (2009) Energy Psychology: Theory, Research and Treatment.
David Feinstein’s At Play in the Fields of the Mind, Journal of Humanistic
Psychology, 1988, 38(3): 71-109.
Locke’s Goal Setting Theory – the SMART principles