Penetapan Matlamat dan Perancangan, Teras Kecemerlangan Insan Yang Asasi

Jika kita perhatikan pencapaian manusia di dunia ini, kita dapati semuanya bermula dengan suatu [idea] yang tercoret dalam fikiran seseorang ; seterusnya direalisasi dengan suatu siri tindakan yang terancang. Dengan erti kata lain, matlamat dan impian adalah [peneraju tamadun] dan [mekanisme kejayaan] manusia dalam semua aspek kehidupan.

 

Sayangnya, pelajar yang disuap dengan tuisyen dan bimbingan kelas telah hilang keupayaan untuk merancang pembelajaran di rumah. Rata-rata pelajar tidak memahami cara penetapan matlamat yang praktikal. Akibatnya, mereka mudah terbuai dengan berbagai hiburan dan nikmat dunia maya sehingga hidup tidak terancang dan terurus dengan baik. Tugas sekolah ditangguh, peperiksaan sekolah tidak diberi perhatian dan ramai pelajar tidak tahu apakah jurusan yang mereka ingin ceburi lepas tingkatan tiga atau tamat pra universiti.

 

Jelas sekali, pelajar kini amatlah lemah dalam aspek pengurusan hidup dan pengurusan masa. Hanya segelintir pelajar sahaja tahu mengatur tugasan ulangkaji dengan berkesan. Cabaran ini telah menjadi suatu tekanan kepada guru di sekolah kerana sukar memantau KPI pencapaian pelajar. Akibatnya, ramai pelajar telah diberi seminar motivasi dan bimbingan untuk membina jati diri dan semangat perjuangan. Sayangnya, program motivasi dan bimbingan tidak memberi kesan yang nyata dan selalunya hanyanya bersifat [panas-panas tahi ayam]. Ada juga sekolah memberi ganjaran wang untuk pelajar yang berjaya dapat kelulusan cemerlang atau menggunakan ugutan menjatuhkan markah kredit pelajar jika mereka gagal melengkapkan tugasan projek atau gagal dalam peperiksaan. Semua ini adalah baik tetapi bukanlah cara yang terbaik.

 

Untuk menyelesaikan masalah ini, pelajar perlu dilatih untuk menjalankan aktiviti penetapan matlamat dan jadikan semua aktiviti ini sebagai suatu [tabiat harian]. Biarpun proses ini tidak menampakkan suatu kejutan emosi atau motivasi yang hangat, tetapi pelajar dapat membina matlamat sebagai suatu daya dalaman yang lebih berkekalan berbanding dengan motivasi luaran.

 

Program Kejayaan Pelajar Cemerlang (PKPC) mendedahkan ramuan penetapan matlamat yang praktikal. Pelajar dilatih berani untuk bina impian sendiri, pelajar juga perlu tahu menguruskan [matlamat harian] dan [matlamat jangka panjang]. Pelajar juga perlu uruskan [matlamat nyata] seperti mendapat pingat emas dalam sukan, dan juga membina [matlamat jiwa raga] seperti nilai-nilai dan sikap seorang juara. Di samping itu, pelajar juga perlu tahu membina [harga diri] yang tinggi dengan amalan pengesahan diri dan imaginasi. Pelajar juga perlu menguasai cara-cara menghalusi matlamat besar dengan langkah terperinci dan mencari jalan untuk atasi sebarang penghalang kejayaan. Bila pelajar sudah memahami proses penetapan matlamat secara menyeluruh, maka pelajar akan dapat merealisasikan semua impian dengan lebih yakin dan cemerlang.

 

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat disepadukan dalam minda semua tahap pelajar agar budaya menetap matlamat dan menguruskan perancangan hidup menjadi suatu tunggak kecemerlangan diri.

Maklumat lanjut Program PKPC, sila hubungi 016-8120302

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive