Ruangan Sikap (BM)

Pencegahan Masalah Sikap

Kita sedia maklum, belanja berjuta ringgit telah diperuntukkan untuk pusat pemulihan akhlak, pusat serenti dadah dan penjara. Kos untuk penyelenggaraan serenti sahaja telah mencecah hampir 700 juta pada tahun 2010. Begitu juga kos masa dan tenaga manusia dalam menangangi kes-kes jenayah serta isu-isu sosial baik di peringkat penguatkuasaan mahupun peringkat mahkamah. Semua ini menggambarkan ketenatan “sikap” yang telah melarat dan membawa kerugian yang besar pada negara tercinta.

 

Soalnya, ramai dari kita akan mula mencari ubat untuk menyelesaikan sesuatu isu bila ia telah menjadi suatu tragedi. Proses hendak mengubah sikap orang-orang yang bermasalah adalah suatu proses yang amat sukar sekali. Ini kerana kita telah gagal menanam nilai serta budaya kecemerlangan sejak mereka masih kecil.

 

Usaha BACA adalah berfokus pada “benih masalah sosial”. Kita hendak memberi didikan sikap yang terbaik sebelum seseorang menggelarkan dirinya penipu, penjenayah, mat rempit dan sebagainya. Kita hendak memberi fokus untuk isu pendidikan awal di rumah mahupun di sekolah. Proses ini nampaknya kurang diberi perhatian kerana peringkat ini belum menampakkan “masalah sikap”, tetapi fasa pencegahan pasti akan dapat mengurangkan kos pemulihan yang bakal mendatang.

Ada ibu bapa menyatakan “Anak saya baik”, tetapi anak yang baik boleh menjadi “liar” kelak kalau nilai dirinya masih lemah. Adanya guru menyatakan “anak murid malas dah jadi suatu budaya sekolah, mereka hanya suka main game dan berhibur  daripada membaca buku”, tetapi sikap seperti ini yang bakal akan mewujudkan masalah pengangguran, masalah “drop out” dan sebagainya. Pendek kata, janganlah kita perkecilkan isu sikap. Marilah sama-sama kita menyemai sikap yang mulia di berbagai peringkat masyarakat.

 

Adalah menjadi prinsip BACA untuk tidak mempropagandakan masalah seseorang individu dari apa peringkat sekalipun di media massa. Tujuan kami BUKAN untuk hendak menjatuhkan martabat mana-mana pihak yang bermasalah