Pengenalan Kursus “Surat Untuk Anak Tersayang” 1

Dalam hati ibu bapa, anak ibarat “Anak Kapal” yang gagah mengharungi ombak lautan yang bergelora dan ibu bapa percaya anak akan sampai ke “pulau idaman” yang menjanjikan segala nikmat dan kesenangan hidup.  Hasrat ibu bapa agar anak dapat mengecapi impian anda dan menyergam keagungan di dunia dan akhirat.

Anak yang ku sayang, anda kini semakin membesar. Sepanjang perjalanan hidup, pasti anak sudah terasa hidup yang manis pahit. Walau apa yang berlaku, ibu bapa tetap percaya masa depan anak cerah dan hebat. Sedihnya, ramai belia tidak dapat menyesuaikan diri dengan dugaan hidup menyebabkan diri mereka hilang daya perjuangan dan cepat menyerah kalah. Mereka tidak mempunyai sebarang pencapaian dan  hidup dalam keadaan yang malas dan tidak berdaya maju. Insan seperti ini gagal mengukuhkan landasan hidup waktu muda. Bila diri mereka sudah tua, baru sedar rupanya hidup telah berjalan “kosong” dan “penuh kesusahan”. Mereka yang belum bersedia untuk berdikari akan merasa kekejaman dunia kerja. Bila dirinya gagal bersaing dengan dunia yang semakin pesat, ramai yang mengadu kononnya telah ditakdirkan dengan nasib yang malang.

Beberapa tahun kebelakangan ini, statistik pengambilan mahasiswa semakin menurun berbanding dengan mahasiswi. Para remaja lelaki perlu lebih sedar dan tahu jaga diri untuk menjayakan “pembelajaran” dan tidak membazir masa dengan dunia cyber atau diperdaya oleh kawan yang negatif. Ada juga remaja terjebak dengan percintaan awal, hiburan “game” computer dan lalai dengan tanggung jawab seharian. Remaja yang kusyuk dengan mastubasi pula akan menjadi letih. Mereka  hilang minat dan hilang daya perjuangan untuk mengecapi kemenangan hidup.

Cikgu Yew selalu berkata “Kalau para belia tidak mempunyai sikap kejayaan yang kukuh, tidak mempunyai matlamat yang jelas dan tidak dapat menguruskan kehidupannya, maka diri tidak akan mengecapi kejayaan yang besar. Kami juga dapati, system pendidikan sekolah kini tidak dilengkapkan dengan ilmu pengurusan matlamat hidup yang menyeluruh, mengakibatkan anak kita tidak dapat mencari haluan dan makna kehidupan mereka dengan nyata. Ini ditambah dengan godaan media sosial serta pengaruh kawan, ramai meruangkan masa yang banyak untuk berhibur dan tidur, dan tidak memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membina masa depan. Mereka membazir masa muda dan menyesal waktu tua, rupanya hidup menjadi rapuh dan tidak produktif.

Program “Surat Untuk Anak Tersayang” adalah bertujuan untuk membantu anak membina “Minda Kejayaan”, agar anak dapat mengisi hidup muda dengan landasan yang guguh demi kejayaan masa depan. Cikgu Yew akan memimpin para peserta untuk mengukuhkan kualiti minda berlandaskan sikap kejayaan seorang juara. Program ini biar pun hanya beberapa jam, dapat membantu anak untuk menangani transformasi minda dan fizikal waktu remaja serta mengecapi ilmu kejayaan yang praktikal. Semoga suntikan ilmu kejayaan dapat mencelikkan jiwa gergasi yang masih tertidur dalam hatinya untuk terus memantapkan sikap kejayaan hidupnya.

Cikgu Yew selalu mengingatkan para remaja “Hargailah hidup belia anda. Masa akan berlalu dengan cepat. Sekelip mata, anda sudah tua dan uzur. Kalau mahu belajar dan maju, gunalah masa sekarang dengan sepenuhnya.”

Adalah menjadi harapan agar ibu bapa dan anak dapat hadir bersama

untuk menikmati sessi pembelajaran yang penuh sensasi dan

bermakna ini.  Selepas tamat program ini, anak akan dapat

menguasai tiga prinsip kejayaan dan membantu mereka

menjayakan impian dan harapannya.

 

Hilter Yew Pengasas BACA

 

 

 

Pengalaman dan kisah hidup Hilter Yew waktu persekolahan :

  • FORM 1- 4 Ketua Kelas(MONITOR)
  • 1985 Ketua Pengawas Sekolah Shan Tao High School (HEAD PREFECT)
  • SRP, SPM, STPM (TOP STUDENT AWARD)
  • Anugerah Pelajar Terbaik Sekolah 1985 ( BEST STUDENT AWARD)
  • Anugerah Pengakap Diraja (KING SCOUT)
  • Johan Pertandingan Syarahan sekolah dan peringkat negeri
  • Johan Pertandingan menulis dan membaca (tiga bahasa)
  • Johan sukan balapan 1500m
  • Johan mini Marathon 10KM
  • Mewakili sekolah dalam persembahan drama dan nyanyian (YUYIHUAKAI”
  • Mewakili sekolah dalam perjumpaan Jambori Pengakap Sedunia
  • Mewakili Sabah untuk mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan
  • Kapten Kumpulan Tarian Singa Shan Tao High School
  • Wkail sekolah Sukan Gymnestik (GYMNESTIC FLOOR EXERCISE)
  • Dilantik sebagai Ketua Pengakap 6th KK(TROOP LEADER)
  • Dilantik sebagai Presiden Kelab Matematik dan Sains (SCIENCE AND MATHES ASSOCIATION)
  • Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Hari Polis Negeri Sabah
  • Menerima Anugerah Biasiswa Pembelajaran TAS
  • Ahli aktif Persatuan Tarian Klasik (BALL ROOM DANCING)
  • Penyelam scuba teriktiraf BORNEO DIVER
  • Mengambil bahagian dalam pertandingan Climbathon (Mt KINABALU INTERNATIONAL CLIMBATHON)
  • Pengiktirafan sebagai juru latih bertauliah sukan balapan(TRACK AND FIELD COACH)
  • Menamatkan kursus Pengajian Akauntansi(LCCI)
  • Tamat ijazah (UKM) dan pengajian Master HRD (UPM)
  • Diiktiraf sebagai ADVANCE TOASTMASTERS ATM dan COMPETENT TOASTMASTERS dalam tiga bahasa
  • Memerolehi kelulusan Praktisioner AUTOGENIC
  • Ahli kepada Persatuan Pemidato Kebangsaan(NATIONAL SPEAKER ASSOCIATION)
  • Diiktiraf sebagai Penceramah Bertauliah Jaycees International (CERTIFIED MEMBER TRAINER)
  • Pengasas dan ahli perintis Persatuan Kejurulatihan dan Pembangunan Malaysia(MSTD)
  • Ahli kepada Persatuan Penceramah Professional Malaysia
  • Ahli Perintis dan pengasas Persatuan Toastmaster Mandarin Sabah(MANDARIN TOASTMASTER CHAPTER MEMBER)
  • Dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan sebagai AHLI PERUNDING BELIA)
  • Pengarah Urusan Pusat Pendidikan SLP MEDIA SDN BHD
  • Bekas Pengarah Syarikat EPAL LEARNING CENTRE
  • Pengasas Syarikat Konsultan TOP HRD (FOUNDER OF TOP HRD TRAINING CONSULTANT)
  • Pengasas Akademi Pembangunan Sikap Malaysia(BACA)
  • Pengasas Syarikat Penerbitan SLP (SLP PUBLICATION HOUSE)
  • Pengasas Sistem Pengurusan Matlamat yang berteraskan Modul Kejayaan Biogenik (BIOGENIC COACHING MODULE)

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive