10 Sessi Mentoring Kejayaan Anak

Siri Mentoring Mutiara Kejayaan

“Modul Lengkap Kejayaan Berpandu”

Sistem Transformasi Sikap dan Kecemerlangan Diri Melalui Sessi Mentoring untuk pelajar dan lepasan universiti 

                                               Sepatah Dua Kata Dari Hilter Yew

Pengasas Program

 

 

 

Program sokongan Lima Fasa Transformasi Smart Learning Project

S – Sinergy    M – Manisfestation A- Amplification R- Rehabilitation T-Transformation


Mengumumkan

Siri mentoring sepuluh modul ini dapat membongkar potensi diri dan menjayakan impian hidup anak anda semudah ABC…hasil koleksi kajian penyelidikan lebih satu dekad dalam konteks kejayaan dari pakar motivasi yang hebat di dunia, kini ilmu ini akan menjadi hak milik anda”

Siri Mentoring Program  Mutiara Kejayaan mendedahkan “Rahsia Kecemerlangan” yang dimiliki oleh SEMUA insan luar biasa di dunia ini. Kini, anda juga boleh menghidupkan “Sikap” Dan “Cara Hidup” seorang juara dan merealisasikan impian yang terpahat dalam hati anda  selama ini – DENGAN MUDAH SEKALI…. Hanya berpandukan prinsip kejayaan yang terkandung dalam program ini, anda akan menjana  aura MAGNET dan menarik semua harapan anda.  Anda akan merasa terharu dengan kesan program ini dalam tempoh beberapa hari saja.  Ini membuatkan anda semakin “YAKIN” untuk meneroka peluang BESAR yang sedang menunggu kedatangan anda. Semua idea dan pendekatan yang disampaikan dalam program ini amatlah PRAKTIKAL. Baik anda seorang pelajar atau seorang yang berusia 80’an,  prinsip kejayaan ini membawa kesan yang LUARBIASA terhadap kesejahteraan dan kejayaan hidup anda.

 

“Dapatkan prinsip kejayaan dan OVERHAUL minda anda sejajar dengan corak minda seorang Juara Olimpik, Jutawan dan pencapai dunia (World Achiever). Mereka ini telah mencapai kualiti hidup yang tinggi dan menggegarkan dunia dengan prestasi yang tiada tolok bandingan”

 

Dari meja pengarang : Hilter Yew

 

Tarikh : 25th Ogos 2014

 

Salam berkenalan kepada Semua rakan yang  Berjiwa JUARA

 

Anda mungkin pernah bertanya “Mengapa orang yang pernah menyertai program motivasi tiga hari – kekal dengan corak hidup yang menyedihkan dan kecundang dalam hidup”

 

Jawapan anda kini terjawab dengan pendedahan “Mutiara Kejayaan”. Program ini memberi kesan puluh malah ribu kali lebih dari menghadiri ratusan seminar motivasi semata-mata.

 

Janganlah buat prasangka awal sebelum anda mengenal keunikan modul bimbingan ini. Saya tidak menafikan keberkesanan seminar motivasi dalam hidup seseorang. Banyak seminar motivasi telah mencetus inspirasi perjuangan yang kental dan luar biasa. Tetapi – KESANNYA TIDAKLAH ABADI.

Hasil dari usaha berabad saya membina sistem motivasi yang praktikal untuk para pelajar, saya telah hasilkan sebuah program yang berteraskan prinsip :Kejayaan Berpandu”. Program ini bertujuan membina tabiat minda dan membolehkan seseorang menghidupkan ilmu kejayaan secara automatik tanpa perlu difikir. Pada pendapat saya, pembelajaran ilmu motivasi pada tahap kefahaman dan kesedaran tidaklah memadai. Biarpun kita mmebaca ribuan buku motivasi, biarpun kita mengalir air mata keinsafan dan merasa bersalah dengan sikap lama ; tetapi ia tidak menjamin seseorang dapat melepaskan diri dari tabiat lama.

 

Program ini memantapkan matlamat hidup anda…..

–         Anda akan merasa “BOOSTER” yang bersifat TURBO mula memacu hidup dan mencapai sesuatu yang anda anggap mustahil selama ini

–         Anda akan HIDUP PENUH LASAK – biarpun berpuluh kali anda jatuh dan akan lantun kembali bagaikan sebiji Ping Pong yang dihempas ke lantai

–         Anda akan mewarnakan hidup berpandukan PRINSIP KESEIMBANGAN yang diibaratkan pelangi muncul selepas hujan.

–         Anda akan mengubah TABIAT LAMA yang lapuk dan berkarat dan gantikan dengan sadur emas yang mula MENYINARKAN HIDUP anda bagaikan MENTARI awal pagi

–         Anda akan MENGENAL POTENSI DIRI yang tertidur selama ini dan bagun sebagai seekor HARIMAU YANG dinamik dan bersemangat waja

–         Anda akan menjadi KEBAL terhadap berbagai unsur negatif bagaikan seorang ASKAR YANG MEMAKAI PAKAIAN KALIS PELURU

–         Anda akan membentuk MINDA yang positif dan menyuburkan nilai-nilai kejayaan bagaikan BENIH YANG BERCAMBAH DI TANAH SUBUR

 

Sayangnya …..

–         Ramai orang menghantar KERETANYA untuk di “overhaul” dengan ratusan ringgit setahun, tetapi mereka lupa overhaul minda sendiri

–         Ramai orang menjaga kecantikan luaran dan pelaburan makanan ribuan ringgit sebulan, tetapi gagal melabur minda sendiri biar beberapa ratus ringgit setahun

–         Ramai orang mendirikan GRILL DAN PAGAR yang kalis penceroboh untuk melindung harta rumah dan kereta, tetapi lupa memasang “GRILL” untuk mengelakkan UNSUR NEGATIF MEROSAKKAN PEMIKIRANNYA

–         Ramai orang hendak mendirikan rumah yang cantik dan selesa dengan puluh malah ratus ribu ringgit, tetapi lupa mencantikkan rumah “MINDA” sendiri.

 

Adakah anda tahu “Minda anda bagaikan generator yang bakal menyalakan elektrik hidup – baik motivasi , idea atau keperibadian memerlukan MINYAK PELINCIR”

Kata pepatah Cina “ Minda sudah berisi, kocek pasti juga berisi”

 

Inilah sebab mengapa ramai orang yang faham dan sedar tentang kepentingan pendidikan anak sudi “MENGIKAT PERUT” dan memberi “ILMU” kepada anak baik tuisyen tambahan atau membeli buku. Ada juga ibu bapa yang menjual kereta hanya untuk menghantar anak belajar di luar negara.

 

Terdapat dua jenis ilmu dalam hidup kita :

  • Ilmu akademik yang khas untuk sesuatu bidang pengkhususan dan hanya diperlukan untuk menyempurkan sesuatu tugas atau “lulus peperiksaan”
  • Ilmu hidup yang diperlukan untuk mengurus dan memantapkan kualiti hidup sepanjang usia.

Sewaktu kita di sekolah, kita telah mula mengejar ilmu akademik dengan pelaburan ribuan ringgit setahun. Ada juga insan yang terus mencari Master dan PHD selepas tamat pengajian dengan pelaburan puluh ribu ringgit.

 

Mereka LUPA …. Pelaburan akademik tidak menjamin kejayaan mutlak jika mereka lupa pada PEMBENTUKAN SIKAP POSITIF.

 

Program ini memberi pendedahan Ilmu Hidup yang bakal bersaling dengan ilmu akademik yang anda capai selama ini.

 

Sudah jemu saya mendengar orang yang berilmu KECUNDANG ABADI…

Mereka pandai tetapi TIDAK MEMADAI.

 

MENGIKUT LAPURAN / STATISTIK KAJIAN 776 JUTAWAN SEDUNIA:

–         89% JUTAWAN dunia tidak mempunyai kelulusan akademik cemerlang.

–         Sikap diri (Kejujuran dan Disiplin diri) menduduki tangga pertama dari senarai 30 syarat jutawan .

–         51% dari faktor kejayaan menyentuh aspek keperibadian dan bukan kepintaran.

(Rujukan : Buku Millionaire mind”
Kita juga dapati 100% dari JUARA DUNIA (termasuk athlet Olimpic dan Tiger Wood) memerlukan mentor kejayaan untuk memantapkan kejayaan mereka.

 

Jelas sekali, pelaburan minda adalah suatu aset yang sangat berharga.

Mutiara Kejayaan bagaikan intan yang

akan bersinar dalam hidup anda

 

Anda tidak perlu lagi ..

– Mengadu kononnya nasib tidak berpihak pada anda. Kata pepatah “Tuhan hanya menolong orang yang sudi menolong dirinya sendiri’

 

Anda tidak perlu lagi …

–         Cemburu dengan kejayaan orang lain kerana anda boleh mencorakkan kejayaan anda sendiri , malah menakjubkan orang lain dengan kehebatan yang lebih raksasa.

 

Anda tidak perlu lagi….

–         Takut menyahut peluang yang bakal mengubah hidup. Anda bagaikan seekor helang yang sedia menyambar mangsa dengan pantas dan berani.

 

Berpandukan program kejayaan ini…

Anda akan menguasa sepuluh prinsip kejayaan yang berharga “Jutaan Ringgit”

–         Ada orang mengguna prinsip-prinsip ini dan menjadi seorang yang kaya raya

–         Ada orang mengguna prinsip-prinsip ini dan menjadi seorang yang berpengaruh dan terkenal

–         Ada orang mengguna prinsip-prinsip ini dan hidup gembira sepanjang masa

 

Apa sahaja erti kejayaan yang anda inginkan, program ini sedia memberi anda Suntikan Inspirasi yang lengkap dan menyeluruh

 

Dengan memiliki program ini, anda tidak lagi….

–         Membazir wang ratusan malah ribuan untuk menghadiri motivasi sepanjang hayat. Pelaburan ini sudah memadai untuk anda menikmati daya motivasi yang abadi sepanjang hayat. Program ini sudah membentuk daya motivasi yang abadi.

–         Membazir wang membeli buku motivasi dan bertimbun di rumah. Kandungan Mutiara Kejayaan sudah merangkumi 100% intipati kejayaan di dunia ini.

 

Saya mencipta siri koleksi ini untuk mencetuskan daya kejayaan untuk anda. Ia dinamakan Mutiara Kejayaan , kerana nilainya cukuplah mahal dan tinggi bagaikan permata. Saya yakin dan percaya, anda akan MUNCUL SEBAGAI INSAN LUAR BIASA dan layak menerima kualiti hidup yang anda hendakkan tidak lama lagi.

 

 

Inilah kali terulung program kejayaan yang lengkap menyepadukan semua prinsip dari Guru Motivasi seluruh dunia, Anthony Robin, Brian Tracy, Twain Mark, Napoleon Hill dll . Anda tidak perlu bersua dengan mereka kerana semua panduan kejayaan telah dirumuskan dalam program ini.

 

Setiap bab program ini telah disusun dan dikemaskini dengan kandungan yang bakal MEMBONGKARKAN kekuatan dalaman anda. Untuk memaksimakan pembelajaran, anda boleh membahagikan masa menguasai program ini kepada sepuluh bulan.

 

Bulan 1 : Mengolah Haluan Nahkota Perahu Anda

Mencapai kejayaan perlu bermula dengan penetapan haluan perjuangan anda.  Anda juga perlu mempunyai aplikasi amalan yang praktikal untuk menghala perahu hidup anda ke arah matlamat yang anda impiankan.

 

Bulan 2: Mencabar Tembok “Mustahil”

Setiap apa yang kita harapkan pasti ada “penghalang”. Anda perlu mempunyai cara menukar perkara yang mustahil menjadi kenyataan. Bila tembok ini dihancurkan, anda akan bertambah optimistik dan meluru ke arah impian anda tanpa “Brek Minda”

 

Bulan 3: Membangunkan Harimau Dalaman Anda

Bila anda kejutkan harimau dalaman yang masih tertidur, anda akan terkejut dengan keyakinan baru melakukan sesuatu yang anda “takut lakukan” sebelum ini. Anda juga mula mengenal potensi diri yang sebenar.

 

Bulan 4: Keberanian Menyambar Peluang Hidup

Ramai orang takut bertindak kerana risau dengan risiko yang bakal berlaku. Ketakutan ini membawa risiko yang lebih besar ; yakni terus dicengkam kesusahan dan masalah hidup. Berani terbang tinggi bagaikan helang dan menyambar rezeki yang sedia menunggu anda.

 

Bulan 5: Membongkar Lombong Emas Hidup Anda

Mengenal lima proses dalam usaha meneroka khazanah harta harun yang menyorok dalam hidup anda. Dengan ini, anda akan berdiri sama tinggi dengan insan berjaya seluruh dunia dan menikmati segala nikmat hidup.

 

Bulan 6: Mengolah Keutamaan Serta Pengorbanan Anda

Untuk anda  mengenal pasti keutamaan dalam hidup, anda perlu mempunyai nilai diri yang berteraskan kejayaan sejati. Anda tidak akan berhadapan dengan dillema kerana  anda tahu apa yang anda hendakkan dalam hidup anda.

 

Bulan 7: Hidupkan Penjana Kuasa Hidup Anda

Jika generator hidup telah dihidupkan , anda bagaikan kuda yang gagah berlari dengan kekuatan luar biasa. Anda tidak perlukan dorongan luar kerana penjana kuasa motivasi diri sendiri sudah memadai untuk merealisasikan impian anda.

 

Bulan 8 :Mengenal Kunci Fantasi Minda

Kunci ini membolehkan anda mengecapi  lembaran hidup yang anda idam-idamkan selama ini. Anda akan menguasai amalan Autogenesis dengan mengaktifkan harapan anda berpandukan daya fantasi minda untuk menarik apa yang anda hajatkan.

 

Bulan 9 : Berinteraksi Dengan Suara Hati Anda

Suara hati ini berbisik setiap masa , samada secara negatif atau positif. Bila anda dapat mengolah suara hati , anda akan menjadi Tuan pada sifat dan naluri diri sendiri. Anda akan lebih berdisiplin dan tidak mudah terpedaya oleh individu yang negatif.

 

Bulan 10: Ceriahkan Diri Dengan Mentari Di Hati Mu

Anda boleh mengawal dan mengolah destinasi hidup dengan membentuk jangkaan optimistik terhadap apa sahaja yang anda idamkan. Anda akan merasa riang dan gembira bila sang suria mula menyinar setiap aspek hidup anda.

 

Tambahan lagi, anda akan mendapat sebuah manual Gerakerja Garudaapi yang membolehkan anda mengaplikasi semua teknik kejayaan yang disarankan. Anda akan dapati, jantung program ini bukanlah teks kejayaan, tetapi “Gerakerja” yang anda aplikasikan setiap hari dalam hidup.